Edu Pustaka Consultant
Edu Pustaka Consultant
Edu Pustaka Consultant telah ditubuhkan pada tahun 2020 di bawah kolaboratif bersama CikguSanjay.com, Kuala Lumpur, Malaysia.

Visi & Misi
Menjadikan Pelajar Malaysia Bertaraf Dunia. Menjadi Sebuah Organisasi Bertaraf Dunia Yang Menyediakan Khidmat Dan Bantuan Dalam Mendukung Pembangunan Modal Insan Dan Komuniti Berkualiti.
KEMBARA PROTRANS
KEMBARA PROGRAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN EDU PUSTAKA. Program ini, membuktikan bahawa modul PROTRANS yang dibangunkan oleh EDU PUSTAKA CONSULTANT telah memberi panduan, peluang, semangat, dorongan dan galakkan kepada pelajar supaya menyedari keperluan dan kepentingan motivasi pencapaian dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Motivasi pencapaian merupakan faktor pencetus ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ingin dicapai. Ini bermaksud seseorang pelajar itu dapat ditingkatkan motivasi pencapaiannya melalui pelbagai aktiviti terancang seperti aktiviti yang terdapat dalam modul PROTRANS. Perkara ini tepat dengan pandangan Mc Clelland (1961) yang menegaskan bahawa motivasi pencapaian boleh ditingkatkan melalui latihan atau aktiviti tertentu dengan syarat pelajar tersebut menerima dirinya dimotivasikan, memahami prinsip-prinsipnya dan melibatkan diri secara aktif dalam latihan dan aktiviti tersebut. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam modul PROTRANS telah membantu peningkatan keseronokan diri pelajar dan seterusnya berjaya meningkatkan motivasi pencapaian pelajar.

Mengenali Diri Sendiri
Membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi.

Persediaan Awal
Menolong pelajar agar dapat membuat persediaan yang bersesuaian bagi menghadapi peperiksaan UPSR (Tahun 6), PT3 (Tingkatan 3), dan SPM (Tingkatan 5).

Keperluan
Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri.

Kaedah yang Menarik
Menggunakan kaedah-kaedah yang ringkas dan mudah agar pelajar lebih meminati pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah.

Kesedaran Pendidikan
Memberi kesedaran pendidikan supaya mereka sedar peranan dan tanggungjawab bersama ke arah memajukan pendidikan untuk semua dan seterusnya menyedarkan mereka bahawa pendidikan ialah pelaburan penting untuk masa hadapan.

Perancangan Pendidikan
Memberi maklumat pendidikan yang terkini dan terperinci supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat dalam perancangan pendidikan mereka.

Membantu Ibu Bapa
Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya.

Membantu Sekolah
Membantu sekolah menjulang pendidikan berkualiti untuk melahirkan pelajar abad ke-21 bertaraf dunia yang berfikiran kritis dan kreatif.

Membantu Kerajaan
Membantu kerajaan menjana dan mengembangkan aktiviti-aktiviti yang boleh memajukan bidang pendidikan di negara Malaysia.
Pelaksanaan Program

Edu Pustaka Consultant akan Membantu Membiayai Sebahagian Kos.

Program dan Seminar Motivasi dijalankan secara PERCUMA di Sekolah-sekolah Rendah & Menengah sekitar Malaysia.
